ReSound membekalkan aksesori bantuan pendengaran wayarles yang dapat menaik taraf pengalaman mendengar anda. Semua aksesori kami direka untuk digunakan dengan alat bantuan pendengaran ReSound
tanpa gangguan. Pilihlah aksesori yang padan dengan gaya hidup anda.
Ingin ketahui lebih lanjut tentang bateri alat bantuan pendengaran?
Do not remove or reposition this element
Mendengar pertuturan dan fokus pada bunyi yang anda kehendaki walaupun berada di tempat yang bising.
Bunyi dari 25 meter jelas didengar!
Do not remove or reposition this element
Membuat panggilan telefon dengan jelas, redamkan suara latar ketika bercakap, atau strim muzik, podcasts atau apa-apa jenis audio dari telefon anda.
Strim bunyi stereo terus dari TV,
komputer, atau sistem audio ke alat
bantuan pendengaran anda.
Laras kekuatan bunyi atau redamkan alat bantuan pendengaran anda, tukar program, dan lihat semua tetapan dengan mudah.
Remote Control yang baharu
menggunakan butang besar, memberi maklum balas sentuhan yang sensitif dan
selamat digunakan. Dengan adanya paparan back-lit pada peranti, anda dapat mengakses semua tetapan dan peranti yang disambung dengan alat bantuan
pendengaran.
Pengecasan menjadi mudah dengan pengecas kami yang ringan dan mudah alih serta tidak perlu bersusah payah mencari punca elektrik. Lampu LED pada bekas pengecas menunjukkan status tenaga bateri.
* Sesuai untuk ReSound LiNX Quattro RIE 61sahaja
Pakar penjagaan pendengaran profesional di tempat anda dapat memberitahu anda lebih tentang Aksesori Wayarles ReSound.
Cari pakar penjagaan pendengaran profesional di sini
Do not delete this text
Bateri zink-udara menggunakan udara sekeliling sebagai sumber tenaga. Tanggalkan stiker bateri untuk mengaktifkan bateri. Setelah stiker ditanggalkan, tunggu selama satu minit sebelum masukkan bateri ke dalam alat bantuan pendengaran.
Do not remove or re-position this element
Habuk dan minyak akan menyebabkan hayat bateri menjadi pendek dan berlakunya litar pintas. Oleh itu, pasang bateri dengan tangan yang bersih.
Do not remove or re-position this element
Tanggalkan stiker pada bateri dan tunggu selama satu mint sebelum masukkan bateri ke dalam alat bantuan pendengaran. Langkah ini membenarkan bateri “menyedut” udara yang secukupnya. Sekiranya anda masukkan bateri ke dalam alat tanpa menanggalkan stiker, ia akan memberi impak negatif kepada hayat bateri.
Do not remove or re-position this element
Simpan bateri di tempat yang kering dan dingin pada suhu bilik. Hayat bateri akan berkurang dengan drastik pada suhu yang lampau. Kelembapan udara yang tinggi juga menyebabkan kondensasi atau kebocoran pada bateri.
Do not remove or re-position this element
Semakin lama anda simpan bateri, semakin banyak tenaga dalam beteri hilang. Oleh itu, guna bateri lama dahulu.
Q Berapa lamakah bateri saya dapat tahan?
A
Hayat bateri adalah bergantung pada jenis alat bantuan pendengaran dan tempoh masa alat tersebut digunakan. Pakar penjagaan pendengaran anda akan memberitahu hayat bateri anda berdasarkan beberapa faktor yang lain.
Q Apakah saiz bateri yang biasa kita guna?
A
Bateri alat bantuan pendengaran mempunyai lima saiz dan pilihan saiz bateri adalah berdasarkan reka bentuk dan saiz peranti anda. Pengeluar alat bantuan pendengaran akan labelkan warna dan kod pada bungkusan untuk memudahkan pembelian bateri (10-kuning, 13-jingga, 312-perang, atau 675-biru). Stiker pada bateri juga berwarna. Secara umumnya, hayat bateri yang kecil lebih pendek daripada bateri yang besar.
Q Mengapakah bateri saya mempunyai stiker?
A
Terdapat empat saiz bagi bateri zink-udara, iaitu 10, 13, 312 dan 675. Untuk mengenal pasti saiz bateri, kebanyakan pengeluar menggunakan kod warna yang standard pada stiker bateri dan bungkusan.
Oleh sebab sumber tenaga bateri ialah udara, stiker tersebut menutup lubang udara untuk mengekalkan kualiti bateri sehingga anda menggunakannya. Dilarang menanggalkan stiker tersebut jika anda masih belum sedia untuk menggunakannya. Menukar stiker yang baharu tidak membantu untuk memanjangkan hayat bateri.