Alat bantuan pendengaran ReSound adalah selesa dipakai, tersembunyi dan mempunyai banyak ciri
tersendirinya. Pasti ada alat bantuan pendengaran ReSound yang sesuai untuk anda.
Bagaimanakah anda memilih alat bantuan yang sesuai untuk anda?
Pakar penjagaan pendengaran anda sedia membantu anda untuk memilih alat bantuan yang sesuai
berdasarkan:
- tahap kehilangan pendengaran anda
- keperluan pendengaran anda mengikut gaya hidup anda
- bajet anda dan harga alat bantuan pendengaran
Do not remove or reposition this element
Alat bantuan pendengaran mempunyai stail, saiz, warna yang berbeza serta ciri-ciri yang unik dan tersendiri, dan cara alat tersebut dimuatkan di telinga anda juga berbeza. Alat bantuan pendengaran boleh dipakai di luar atau di dalam telinga. Pakar penjagaan pendengaran anda sedia membantu anda untuk memilih stail alat bantuan pendengaran yang padan dengan gaya hidup anda. Bagi masalah pendengaran Ringan ke Teruk, anda boleh memilih mana-mana stail alat bantuan pendengaran. Bagi masalah pendengaran Teruk dan Sangat Teruk, anda dinasihati untuk memilih alat bantuan pendengaran yang dipakai di luar telinga.
Invisible-in-Canal (Tersembunyi dalam Salur Telinga)
IIC merupakan produk reka khas paling kecil yang sedia ada. Peranti ini dipasang pada saluran telinga, oleh itu ia tidak dapat dilihat dari luar. Ia merupakan cara penyelesaian yang terbaik kepada sesiapa yang menginginkan alat bantuan pendengaran yang tersembunyi dan mengalami masalah pendengaran tahap Ringan dan Sederhana.
Completely-in-Canal (Sepenuh dalam Salur Telinga)
CIC merupakan stail reka khas yang kecil, disertakan pilihan ciri khas seperti pelaras kekuatan bunyi (volume) dan butang yang dapat menukar program mengikut persekitaran. Oleh sebab ia dapat direka khas, ia adalah popular dalam kalangan pengguna yang mengalami masalah pendengaran tahap Ringan dan Sederhana yang ingin memiliki sedikit kawalan ke atas alat bantuan pendengaran mereka.
In-the-Canal (Dalam Salur Telinga
ITC merupakan peranti yang paling popular dalam kategori alat bantuan pendengaran reka khas. Ia membekalkan lebih banyak pilihan kepada pengguna seperti dual mic (directionality) dan ITC berfungsi secara wayarles, di mana peranti ini dapat bersambung dengan telefon bimbit pintar dan dapat menjawab panggilan telefon serta mendengar muzik menerusinya.
In-the-Ear (Dalam Telinga)
ITE merupakan peranti yang terbesar dalam kategori alat bantuan pendengaran reka khas. Akan tetapi, peranti ini berupaya untuk menangani masalah pendengaran tahap Teruk, dan mempunyai ciri-ciri khas yang paling canggih seperti komunikasi antara telinga (ear to ear communication), sambungan wayarles, MFi dan sebagainya. Model ini boleh didapati dalam bentuk half shell dan full shell, di mana half shell lebih popular kerana saiznya lebih kecil.
Mic-in-Helix (Mikrofon dalam Heliks)
MIH merupakan satu cara penyelesaian yang diberikan oleh ReSound secara eksklusif. MIH direka untuk memberi kualiti bunyi yang paling natural dan mengumpul bunyi dengan lebih efisien menggunakan
telinga anda sendiri.
Mikrofon yang terdapat pada MIH diasingkan daripada peranti agar:
Do not remove or reposition this element
Receiver-in-Ear (Speaker dalam Telinga)
Bahagian utama peranti ini adalah tersembunyi di belakang telinga. Beza daripada BTE yang standard, speaker telah ditanggalkan daripada bekas, dilekap pada tiub dan dipasang di dalam telinga bersama penutup yang lembut. Alat bantuan pendengaran RIE adalah lebih kecil daripada alat bantuan pendengaran BTE yang standard.
Behind-the-Ear (Belakang Telinga)
Reka bentuk ini membolehkan ia duduk dengan selesa di belakang telinga anda. Bunyi bergerak melalui tiub halus ke acuan telinga yang direka khas yang dapat dimuatkan ke dalam saluran telinga anda. Reka bentuk ini sesuai untuk pengguna dalam semua lingkungan umur dan dapat menangani kebanyakan masalah pendengaran pelbagai tahap.
Do not remove or reposition this element
Gaya hidup anda dan persekitaran untuk mendengar menentukan jenis alat bantuan pendengaran yang ideal untuk anda.
Tahap Bajet | Tahap Bajet | Tahap Maju | Tahap Premium | |
Model Alat Bantu Pendegaran | ReSound Key | ReSound LiNX Quattro | ReSound ENZO Q | ReSound ONE |
★★★ | ★★★★ | ★★★★ | ★★★★★ | |
Koleksi keperluan pendengaran moden yang sempurna dengan suara terbaik untuk kehidupan harian. | Alat bantu pendengaran berprestasi tinggi yang menawarkan pengalaman suara yang terunggul dengan penghasilan suara yang lebih padat dan kaya. | Penyelesaian yang sempurna untuk masalah pendengaran teruk sehingga sangat teruk dengan memberikan suara yang jelas, selesa dan berkualiti tinggi. | Puncak pengalaman pendengaran yang berperibadi benar, dengan menggunakan anatomi telinga anda yang unik untuk mendengar seperti dituju oleh alam semulajadi. | |
Row and text for mobiles → |
Tahap masalah pendengaran | |||
Tahap masalah pendengaran | Ringan sehingga sangat teruk | Ringan sehingga teruk | Teruk sehingga sangat teruk | Ringan sehingga teruk |
Row and text for mobiles → |
Tahap keperibadian | |||
Tahap keperibadian | ★★★ | ★★★★ | ★★★★ | ★★★★★ |
Row and text for mobiles → |
Kejelasan suara | |||
Kejelasan suara | ★★★ | ★★★★ | ★★★★ | ★★★★★ |
Row and text for mobiles → |
Pemahaman pertuturan dalam tempat bising | |||
Pemahaman pertuturan dalam tempat bising | ★★★ | ★★★★★ | ★★★★★ | ★★★★★ |
Row and text for mobiles → |
Kesedaran Ruang | |||
Kesedaran Ruang | ★★★ | ★★★★★ | ★★★★ | ★★★★★ |
Row and text for mobiles → |
Kebolehcapaian terhadap bunyi frekuensi tinggi | |||
Kebolehcapaian terhadap bunyi frekuensi tinggi | ★★★ | ★★★★ | ★★★★ | ★★★★★ |
Row and text for mobiles |
Harga Alat Bantu Pendengaran | |||
Harga Alat Bantu Pendengaran | $ | $$$ | $$$ | $$$$ |
ReSound ENZO Q ialah alat bantuan pendengaran yang paling kecil bagi mereka yang mengalami masalah hilang pendengaran tahap Teruk ke Sangat Teruk.
Alat ini mempunyai dua reka bentuk belakang telinga (behind-the-ear) dan pelbagai pilihan warna. Setiap bahagian disalut dengan iSolate nanotech, sejenis pelindung ultra-nipis yang mengadangnya
daripada air, habuk, dan tahi telinga.
Ia mempunyai hayat bateri yang luar biasa dan lebih tahan lama – sebagai contoh, bateri untuk Model 98 dapat bertahan selama 12 hari ketika distrim sehingga empat jam sehari.
Do not delete this text
Pakar penjagaan pendengaran anda memainkan peranan yang penting dalam proses pemilihan alat bantuan pendengaran anda. Mereka merupakan kumpulan individu yang terlatih untuk membekalkan pendapat dan rekomendasi secara peribadi dan spesifik kepada anda supaya anda mendapat alat bantuan pendengaran yang paling sesuai. Mereka akan berusaha untuk mencari stail atau reka bentuk yang paling padan dengan gaya hidup, bajet dan tahap keterukan masalah hilang pendengaran anda.
Do not delete this text
Kami menggunakan cara yang mudah dan tidak menyakitkan untuk mengetahui masalah pendengaran anda dan memberitahu anda cara untuk memperbaiki keadaan tersebut – dengan mengunjungi pusat penjagaan pendengaran yang profesional dan menjalani ujian pendengaran. Sebelum ujian dijalankan, anda boleh berbincang dengan pakar tentang jenis situasi yang anda hadapi kesusahan untuk mendengar. Selepas itu, pakar penjagaan pendengaran akan memeriksa telinga anda bagi memastikan tiada benda yang menyebabkan sumbatan di dalam telinga.
Do not delete this text
Kos bagi alat bantuan pendengaran adalah berbeza mengikut gaya hidup, teknologi dan ciri-ciri khas. Perkhidmatan dan bimbingan daripada pakar penjagaan pendengaran merupakan antara titik berat untuk mendapatkan sebuah alat bantuan pendengaran. Dalam kebanyakan kes, kos perkhidmatan sedemikian telah dimasukkan ke dalam harga sebuah alat bantuan pendengaran. Harga alat tersebut juga bergantung kepada tahap penjagaan kesihatan sesebuah negara dan sistem insuransnya. Sesetengah pakar penjagaan pendengaran yang profesional akan memberi pelan kewangan kepada anda.
Pakar penjagaan pendengaran yang profesional berupaya untuk mengenal pasti jenis peranti yang anda perlukan dan memberitahu anda tentang harga alat bantuan pendengaran serta perkhidmatan profesional yang datang bersama dengan pemasangan alat.
Dapatkan bimbingan daripada pakar penjagaan pendengaran tempatan yang profesional
Do not delete this text