Memahami Masalah Hilang Pendengaran

Masalah hilang pendengaran berkemungkinan berlaku secara mengejut sekiranya anda terdedah kepada suatu bunyi yang terlalu kuat atau bising. Masalah hilang pendengaran juga boleh berlaku secara perlahan dalam satu jangka masa panjang yang sering dikaitkan dengan faktor usia. Memahami masalah hilang pendengaran merupakan langkah perdana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Do not remove or reposition this element


Apakah Masalah Hilang Pendengaran?

Masalah hilang pendengaran berlaku apabila anda tidak berupaya untuk mendengar bunyi yang tertentu. Anda mungkin tidak berupaya untuk mendengar ton berfrekuensi tinggi, seperti suara wanita atau kanak-kanak. Anda juga mungkin kurang dengar atau tidak dapat mendengar sekiranya anda berada di persekitaran yang bising.

Masalah hilang pendengaran kadang-kadang bersifat sementara, seperti bunyi berdengung (ringing) selepas terdedah kepada bunyi bising atau kuat dalam konsert. Masalah hilang pendengaran kebanyakkannya bersifat kekal kerana mekanisme telinga yang membantu anda untuk mendengar telah mengalami kerosakan.


Tahap Keterukan Pendengaran

Masalah hilang pendengaran boleh dibahagikan kepada empat kategori berdasarkan tahap keterukan, *iaitu Ringan, Sederhana, Teruk dan Sangat Teruk. Tontonilah video untuk memahami dengan lebih terperinci tentang

empat tahap tersebut.

* World Health Organization, 2016


Tahap Ringan

Anda akan menghadapi masalah mendengar dan

memahami percakapan yang lembut, percakapan dari jarak jauh atau percakapan di persekitaran yang bising.

Tahap Sederhana

Anda akan menghadapi masalah mendengar percakapan biasa, mahupun di jarak yang dekat.

Tahap Teruk

Anda mungkin hanya dapat dengar percakapan atau

bunyi yang sangat kuat dalam persekitaran yang anda berada, seperti siren bomba atau hempasan pintu yang kuat. Kebanyakan perbualan harian tidak dapat didengar.

Tahap Sangat Teruk

Anda mungkin hanya dapat mengesan bunyi yang kuat

dalam bentuk getaran sahaja.


Baca selanjutnya tentang masalah hilang pendengaran


Tanda awal masalah hilang pendengaran

Antara simptom yang paling umum ialah ketidakupayaan untuk mendengar ton

berfrekuensi tinggi, seperti suara wanita.

Punca masalah hilang pendengaran

Terdapat banyak punca yang berlainan yang menyebabkan hilang pendengaran:

bunyi bising, kesan sampingan ubatan, jangkitan atau faktor usia.

Rawatan masalah hilang pendengaran

Masalah hilang pendengaran yang tertentu dapat dirawat dengan perubatan,

tetapi terdapat juga jenis masalah hilang pendengaran yang tidak dapat dirawat.

Tinnitus

Telinga berdesing boleh menyebabkan anda berasa rimas tetapi terdapat cara

yang dapat meringankan keadaan tersebut.


Rasa anda hilang pendengaran?

Ambil ujian pendengaran secara percuma dalam talian sekarang

Do not delete this text